SELAMAT DATANG KE BLOG SMK PERANTAU DAMAI.....UNTUK PAPARAN TERBAIK GUNAKAN PELAYAR GOOGLE CHROME.....SMK PERANTAU DAMAI ADALAH SEKOLAH HARIAN BIASA

Piaggam Pelanggan SMKPD

Kami warga SMK PERANTAU DAMAI dengan penuh azam dan iltizam, berikrar serta berjanji akan menumpukan sepenuh tenaga dan usaha kami untuk:

Ø    Sentiasa memastikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dilaksanakan dengan berpandukan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia bagi menjayakan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia serta memberi khidmat yang terbaik melalui amalan budaya kerja cemerlang dalam kalangan warga SMKPD.
Ø    Memastikan aspek kurikulum dan kokurikulum disampaikan kepada semua pelajar sekolah ini dengan ikhlas, sabar dan dedikasi bagi memastikan setiap individu mempunyai matlamat untuk cemerlang dan berfikiran positif dalam bidang akademik dan sahsiah.
Ø    Keselesaan prasarana dan persekitaran sentiasa dititikberatkan untuk membina suasana yang sihat, tenteram dan ceria.
Ø    Proaktif dalam menjayakan program-program yang telah dirancang dengan semangat yang kental dan dedikasi  
Ø    Dinamik pemikiran untuk memastikan anjakan paradigma bagi mencapai kecemerlangan pelajar dan memelihara hubungan mesra dengan ibu bapa serta masyarakat sekitar melalui pakatan strategik

Kami warga SMK PERANTAU DAMAI percaya dan yakin dapat menunaikan piagam ini dengan sebaik-baiknya”

  © Blogger template Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP